ASSalamualaikum semua ,
minggu lepas masuk kelas tutorial kursus Terjemahan arab- melayu , melayu-arab yang pertama .. yeahh !!!! okey di antara apa yang kami dapati semasa kelas tersebut ialah prosedur dalam terjemahan sesuatu bahasa. Terdapat pelbagai kaedah, cara dan sebagainya. Antara keperluaan seseorang nak terjemah sesuatu bahasa itu ia perlulah ada :
1- KAMUS. Bukan sekadar kamus dwi bahasa sahaja, ia tidak mencukupi untuk menterjemah sesuatu teks. Tapi apa yang pensyarah kami beritahu mengenai Kamus Ekabahasa. haaa apa tu ? okey meh nak terang sikit. Kamus Ekabahasa ini ialah kamus tentang kebudayaan ... ehh tak faham ehh . okey cmnih.. kamus ini ia menerangkan satu ungkapan sesuatu bahasa dengan makna yang sinonim atau selalu digunapakai makna tersebut. haa boleh laa faham kan sikit2.. lau nak faham lagi lanjut bole je google taip kamus ekabahasa
2.BUKU ISTILAH (TERMONOLOGI) . Maksud kat sini ialah satu buku istilah dalam sesuatu bidang. Contohnya istilah dalam bidang fiqh , bidang sejarah , sains kedoktoran , falsafah dan juga sastera. Haa , sesuatu bidang tu akan ada istilah-istilah mereka yang tersendiri tau. Tidak boleh main terjemah je ikut sedap kita, kena tahu nak terjemah susuatu teks tu dalam bidang apa. Biasanya orang-orang yang telah menterjemah teks itu mengikut kepakarannya dalam bidang masing-masing.
3. PENGETAHUAN ASAS. Haa yang ini lah . Bila kita nak terjemah sesuatu perkara, sekurang-kurangnya kita ada pengetahuan asas mengenai sesuatu teks yang kita nak terjemahkan itu. Agar terjemahan kita lebih baik dan tersusun je bila orang lain baca. Tak pening-pening atau keliru dengan terjemahan kita. Contohnya bile kite nak terjemahkan cerita pasal bawang merah bawang putih ke dalam bahasa arab. Sekurang-kurangnya kita sudah tahu mengenai jalan ceritanya dan akan mengurangkan risiko tersalah jalan cerita atau terbelit-belit dalam menterjemahan teks tersebut.
Jadi inilah antara manual-manual nya nak terjemah sesuatu teks. haa bila rase dah ada semua nie barulah boleh nak google translate.. tapi sangat-sangat tidak disarankan, sebab apa , kemungkinan nak tersalah tafsir tu banyak. Kalau dah tahu yang asas nie boleh laa nak cuba-cuba tengok google translate...
OKEY SEMUA, BYE-BYE ..jumpa lagi next time.. lau ada pape persoalan sal terjemahan ke tak faham apa-apa ke jangan lupa komen ye ...