Thursday, 16 June 2016

KAMUS KHUSUS UNTUK PARA PENTERJEMAH

assalamualaikum .. 

jumpa lagi kite , baiklah hari ini nak menaip tentang kamus yang diperlukan oleh seorang penterjemah . selain kamus EKABAHASA, DWIBAHASA dan MULTI BAHASA... seorang penterjemah perlu kepada kamus  KHUSUS/ISTIMEWA .... baiklah terdapat enam jenis kamus khusus ini ...


  1. KAMUS ISTILAH - dimuatkan istilah-istilah khusus bagi sesuatu bidang tertentu.
  2. KAMUS ETIMOLOGI - menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
  3. KAMUS PERIBAHASA - menerangkan maksud peribahasa atau simpulan bahasa.
  4. KAMUS TERSAURUS - menerangkan makna sesuatu perkataan dengan memberikan perkataan yang seerti dengannya dalam bahasa yang sama.
  5. KAMUS KATA NAMA KHAS - memuatkan nama tempat serta nama tokoh dalam kamus ini.
  6. KAMUS TERJEMAHAN - kamus disediakan untuk para penterjemah dengan memuatkan perkataan yang seerti dalam bahasa asing seperti kamus dwibahasa .
ps: doakan kitorang final exam untuk semester ini dengan jayanya . mekasih 

Tuesday, 7 June 2016

2 JENIS TERJEMAHAN

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu kepada pembaca,

haaaa , apa yang dua jenis terjemahan tu.. terjemah pun lain-lain ehh jenisnya.. ? hurmmmm

secaranya umumnya, ada dua jenis terjemahan iaitu : TERJEMAHAN LISAN dan TERJEMAHAN TULISAN....

Terjemahan Tulisan :


  • ciri-ciri terjemahan tulisan ini dilakukan secara bertulis.
  • penterjemah masih sempat membaiki kesilapan terjemah yang dilakukannya.
  • kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
  • penguasaaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi satu kemestian untuk menjadi penterjemaha yang baik (haaaa , tengok.. sesiapa yang nak jadi penterjemah boleh je, tapi dengan syarat rajin berusaha, rajin bertanya)
Terjemahan Lisan :


  • dilakukan secara lisan 
  • dilakukan secara langsung/cepat/tepat
  • tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujuran yang salah @ mencri padanan yang sesuai.
  • penterjemah jenis ini memerlukan kemampuan berbicara dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  • perlu akan berpengetahuan luas
  • mampu mentafsirkan apa yang diujarkan/diperkatakan.
  • perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari pengalaman yang berterusan.
  • selain menjadi penterjemaha yang baik, ia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.
  • jenis terjemahan ini dikenali sebagai INTERPRETER.


OKAY APA ITU INTERPRETER , bagi yang tidak mengetahui istilah interpreter ialah  bermaksud satu jenis penterjemahan dimana seseorang penterjemah kaedah tersebut perlu menterjemah secara langsung apa sahaja perkataan yang didengarinya. ia juga dikenali sebagai JURUBAHASA .

haaa dah faham kan semua, inilah sedikit sebanyak mengenai terjemahan. sekurang-kurangnya kamu tahu bila orang tanya pasal terjemahan , tak pun apabila kamu ada terbaca mana-mana pasal ilmupenterjemah ini .... sebagai asasnya . semoga bahgia dunia akhirat kepada pembaca ^^


Monday, 6 June 2016

ADAKAH ANDA SEORANG PENTERJEMAH ???

untuk menjadi seorang penterjemah, anda mestilah mempunyai beberapa kriteria seorang penterjemah !!! persoalannya di sini, adakah anda benar-benar seorang penterjemah ???

kriteria-kriteria penterjemah !


1. mengetahui bahasa sumber: seorang penterjemah mestilah mengetahui bahsa sumber dengan mendalam dan mengetahui selok-belok keganjilan dan keistimewaan bahasa sumber. 

2. mengetahui bahasa sasaran : seorang penterjemah juga mestilah mengetahui nahasa sasaran dengan baik, bukan sekadar bahasa sumber. bahasa sasaran ini adalah bahasa penerima. seorang penterjemah mesti mengetahui bahasa sasaran ini dengan lebih baik daripada bahasa sumber.

3. mengetahui bidang/subjek : selain mengetahui bahasa sumber dan sasaran, seorang penterjemah mestilah mengetahui bidang atau subjek yang diambil. ini kerana untuk menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. ianya sangat penting bagi penterjemah untuk menterjemahkan teks-teks khusus dan sastera.

4. mengetahui teori terjemahan : seorang penterjemah mestilah mengetahui teori terjemahan kerana dalam menterjemahkan sesuatu mempunyai teori dan kaedah ilmiahnya yang tersendiri. kerja-kerja menterjemah ini bukanlah sekadar memindahkan perkataan sahaja, malah ia juga memindahkan idea, maklumat dan gaya menterjemah.

5. mengetahui sasaran pembaca : untuk menterjemah, penterjemah mestilah mengenalpasti terlebih dahulu sasaran pembaca bagi teks yang hendak diterjemahkan. di samping itu, penterjemah mesti menjaga dan menggunakan kelarasan bahasa yang sesuai. sebagai contoh, sekiranya sasarannya adalah kanak-kanak maka penterjemah mestilah menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk kanak-kanak memahaminya.


sudahkah anda mengenalpasti bahawa anda mempunyai kesemua kriteria seorang penterjemah ? sekiranya tiada dalam diri anda, maka janganlah anda menganggap bahawa anda tidak layak untuk menjadi seorang penterjemah. tetapi anda perlulah berusaha sebaiknya untuk menjadi seorang penterjemah !!!