Tuesday, 7 June 2016

2 JENIS TERJEMAHAN

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu kepada pembaca,

haaaa , apa yang dua jenis terjemahan tu.. terjemah pun lain-lain ehh jenisnya.. ? hurmmmm

secaranya umumnya, ada dua jenis terjemahan iaitu : TERJEMAHAN LISAN dan TERJEMAHAN TULISAN....

Terjemahan Tulisan :


  • ciri-ciri terjemahan tulisan ini dilakukan secara bertulis.
  • penterjemah masih sempat membaiki kesilapan terjemah yang dilakukannya.
  • kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
  • penguasaaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi satu kemestian untuk menjadi penterjemaha yang baik (haaaa , tengok.. sesiapa yang nak jadi penterjemah boleh je, tapi dengan syarat rajin berusaha, rajin bertanya)
Terjemahan Lisan :


  • dilakukan secara lisan 
  • dilakukan secara langsung/cepat/tepat
  • tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujuran yang salah @ mencri padanan yang sesuai.
  • penterjemah jenis ini memerlukan kemampuan berbicara dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  • perlu akan berpengetahuan luas
  • mampu mentafsirkan apa yang diujarkan/diperkatakan.
  • perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari pengalaman yang berterusan.
  • selain menjadi penterjemaha yang baik, ia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.
  • jenis terjemahan ini dikenali sebagai INTERPRETER.


OKAY APA ITU INTERPRETER , bagi yang tidak mengetahui istilah interpreter ialah  bermaksud satu jenis penterjemahan dimana seseorang penterjemah kaedah tersebut perlu menterjemah secara langsung apa sahaja perkataan yang didengarinya. ia juga dikenali sebagai JURUBAHASA .

haaa dah faham kan semua, inilah sedikit sebanyak mengenai terjemahan. sekurang-kurangnya kamu tahu bila orang tanya pasal terjemahan , tak pun apabila kamu ada terbaca mana-mana pasal ilmupenterjemah ini .... sebagai asasnya . semoga bahgia dunia akhirat kepada pembaca ^^


No comments:

Post a Comment