assalamualaikum, bertemu kembali sahabat2 sekalian.. hari tu pernah masukkan 5 kaedah dalam menterjemah teks ni.. sekarang terasa nak sambung balik bakinya 5lagi...
jika dahulu kita pernah sentuh kaedah pinjaman, kaedah peniruan, kaedah pergantian, kaedah tranposisi dan kaedah generalisasi... kalau nak tahu makna kaedah tersebut boleh tengok yang kitorang pernah post dahulu bulan Mei xsilap.. okey sekarang meh tengok sal 5 lagi kaedah...
antara kaedahnya ialah
1)KAEDAH MODULASI- kaedah ini digunakan apabila penterjemah mendapati teks yang diterjemahan menjadi janggal dalam bahasa sasaran. jadi ia boleh menggunakan kaedah ini dimana ia mengubah keseluruhan ayat atau struktur ayat untuk mendapat kefahaman dalam bahasa sasaran. di mana ia tidak lagi menterjemah satu persatu tetapi menterjemah sebagaimana ia faham akan sesuatu teks tersebut. dan mengunakan istilah lain untuk mengantikannya dalam bahasa sasaran supaya pembaca dapat memahami teks tanpa ada kejanggalan dan sebagainya.
2)KAEDAH PERSAMAAN- kaedah ini digunakan apabila penterjemah tidak dapat mencari atau menjumpai padanan yang betul dalam menterjemah kedalam bahasa sasaran, kemudian ia mencari persamaan yang paling hampir/ lazim bagi menterjemah sesuatu perkataan tersebut. di mana ia berlaku dalam pelbagai tahap penterjemahan.
3)KAEDAH PENYELESAIAN- kaedah ini dilakukan dengan mengantikan sesuatu perkataan berdasarkan penyesuain budaya bahasa sasaran. kaedah ini merupakan satu kaedah yang bebas bagi menterjemah untuk menterjemah teks mereka. seperti sesuatu watak serta plot yang bersesuai atau difahami dalam bahasa sasaran. walaupun begitu, kaedah ini akan membolehkan mesej yang disampaikan dengan baik kedalam bahaasa sasaran. dimana pembaca akan mudah faham dan dapat mengambarkan dengan mudah apa yang cuba diterjemahankan tanpa kekeliruan dan kejanggalan. dimana apabila dibaca tidak terasa buku atau teks ini diterjemah.
4)KAEDAH PENYAMARAN/PADANAN FUNGSI- kaedah ini dilakukan supaya para pembaca mendapat reaksi yang sama apabila membaca teks yang telah diterjemahkan. seperti simpulan bahasa atau peribahasa yang digunakan dalam teks dapat diterjemah dengan makna yang tepat dan difahami dalam bahasa sasaran. sebagaimana kita pernah membaca cerita yang sedih mahupun gembira, kaedah ini digunakan untuk menukarkan teks supaya mempunyai samaan fungsi dalam mengekalkan reaksi yang sama kepada pembaca apabila membaca teks tersebut.
5)KAEDAH PENGEMBANGAN- baiklah ini adalah kaedah yang terakhir, apabila sesuatu teks yang diterjemah terasa akan sukar bagi pembaca untuk mengerti atau memahaminya, maka penterjemah menggunakan kaedah ini dalam mengembangkan atau menghuraikan atau menjelaskan dengan panjang lebar untuk pemahaman kepada pembaca dalam bahasa sasaran. dimana penterjemah memasukkan maklumat yang baru dalam teks yang diterjemahkannya. ada 2 cara itu dengan memasukkan istilah-istilah yang masyhur mahupun satu lagi dengan memasukkan nota kaki di bawah teks tersebut.
okaylah, itulah 5 kaedah lagi. biasanya dalam menterjemahan kita menggunakan kaedah ini tanpa kita sedar atau tidak. dan ia amatlah membantu kepada penterjemahan dalam mengurangkan kejanggalan terjemahan mereka dalam bahasa sasaran.
jadi, bukan senangkan. tapi apa orang putih duk kata "practice make it perfect".. haaa gitu, mula-mula memanglah kekok , lama-lama in shaa Allah, jika di usahakan boleh lakukan yang terbaik . fighting !