Sunday, 8 May 2016

Kaedah-kaedah Terjemahan part 1

Assalamualaikum, bertemu kembali .. berhabuk.. lama tak membukannya. hari ini 8 mei 2016 tetiba rasa nak menaip 

okeylah , hari ini kita akan belajar tentang beberapa kaedah yang digunakkan dalam menterjemah. Antara keadah berikut adalah :

  1. KAEDAH PINJAMAN- Kaedah ini kita akan gunakan apabila tidak ada / tidak wujud kata padanan yang sesuai. maksudnya apabila kita nak terjemah tak ada yang sepadan.. jadi di sini kita akan meminjam dari teks asal secara terus. #ingat haruslah ditulis secara miring (italic). Ia merupakan satu kaedah yang paling mudah dan selamat dalam menterjemah sesuatu teks
  2. KAEDAH PENIRUAN- Ia termasuk dalam istilah pinjaman tetapi kaedah ini digunakan ke atas istilah sahaja. Dan ia meniru struktur ayat teks asal atau menterbalikkannya teks asal, seperti contoh :  prime minister = perdana menteri @ electric current = Arus elektrik 
  3. KAEDAH PERGANTIAN- Ia tidak ada pembaharuan yang besar dalam bahasa sasaran. Tidak ada perubahan sangat. Mengantikan makna perkataan satu satu dalam bahasa sasaran. Kaedah ini mungkin agak bahaya bagi penterjemah kerana ia akan menimbulkan kejanggalan dalam ayat yang telah diterjemah.
  4. KAEDAH TRANPOSISI- Iaitu satu kaedah yang mengubah kedudukan frasa ayat/klausa perkataan/golongan tanpa mengubah maksud sesuatu maklumat tersebut. Kaedah ini digunakkan untuk menjelaskan maklumat dengan mudah difahami. Dimana ia mengubah tempat/kedudukan perkataan dalam sesuatu ayat agar lebih jelas. Dan akan mengurangkan kekeliruan pembaca. 
  5. KAEDAH GENERALISASI- Ia merupakan satu kaedah yang lebih umum , tidak khusus dalam menterjemahan sesuatu ayat tersebut . Contohnya: buah durian, buah rambutan dan buah langsat = buah-buahan tempatan . Disini kita jelas ia menterjemah secara generalisasikan ayat dalam teks asal tanpa mengubah makna.
okaylah untuk hari ini kita bagi 5 dulu kaedahnya nnti akan disambung kembali, Letih pulak nak taip .. hahahha . Takpe, hadam dulu 5 kaedah ini awak-awak semua . bye bye.. jumpa lagi . 

No comments:

Post a Comment