assalamualaikum semua !!!
Bermula sudah kelas tutorial setelah seminggu bercuti di rumah. Sebelum cuti lagi ustazah kitaorang memberikan satu tugasan kepada kami untuk mencari satu dialog berbahasa arab dan melayu.
So, kami pun menjalankan amanah yang diberikan kepada kami. Untuk dialog arab, paling susah untuk kami cari kat internet dan sebagainya. Alhamdulillah , di atas bantuan kawan yang baik sudi membantu, akhirnya dapat jugak kami satu dialog arab. Memang agak susah lah nak fahamkan dialognya. So, kami pun berusaha untuk menterjemahkan dialog tersebut.
satu lagi dialog tidak juga kami lupakan iaitu dialog melayu untuk diterjemahkan dalam bahasa arab. bab-bab menterjemah ni lah yang paling kitaorang lemah. tak apa !!! ada usaha ada lah hasilnya.
Antara dialog komik yang kitaorang dapat ialah dari komik lawak kampus. permulaan nya kami ambil dialog yang senang untuk diterjemahkan ke bahasa Arab. ada yang ambil mencari dialog tersebut di dalam internet seperti Muslim Show. belajar menterjemah nie sebenarnya sangat seronok sekiranya kita rasa ianya satu aktiviti mencari duit!!! hihihi:) hati sangat gembira bila kita dapat hasil yang baik dalam satu perkara yang lemah bagi kita.
so, jangan buangkan masa anda dengan menlakukan perkara-perkara yang tak berfaedah!!! gunakanlah masa yang ada melatih diri menterjemahkan teks ke dalam bahasa Arab sekiranya ingin memajukan diri dalam menguasai bahasa Arab.
sekian terima kasih(^_^)
No comments:
Post a Comment