Thursday, 16 June 2016

KAMUS KHUSUS UNTUK PARA PENTERJEMAH

assalamualaikum .. 

jumpa lagi kite , baiklah hari ini nak menaip tentang kamus yang diperlukan oleh seorang penterjemah . selain kamus EKABAHASA, DWIBAHASA dan MULTI BAHASA... seorang penterjemah perlu kepada kamus  KHUSUS/ISTIMEWA .... baiklah terdapat enam jenis kamus khusus ini ...


  1. KAMUS ISTILAH - dimuatkan istilah-istilah khusus bagi sesuatu bidang tertentu.
  2. KAMUS ETIMOLOGI - menerangkan asal usul sesuatu perkataan dan maksud asalnya.
  3. KAMUS PERIBAHASA - menerangkan maksud peribahasa atau simpulan bahasa.
  4. KAMUS TERSAURUS - menerangkan makna sesuatu perkataan dengan memberikan perkataan yang seerti dengannya dalam bahasa yang sama.
  5. KAMUS KATA NAMA KHAS - memuatkan nama tempat serta nama tokoh dalam kamus ini.
  6. KAMUS TERJEMAHAN - kamus disediakan untuk para penterjemah dengan memuatkan perkataan yang seerti dalam bahasa asing seperti kamus dwibahasa .
ps: doakan kitorang final exam untuk semester ini dengan jayanya . mekasih 

Tuesday, 7 June 2016

2 JENIS TERJEMAHAN

Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu kepada pembaca,

haaaa , apa yang dua jenis terjemahan tu.. terjemah pun lain-lain ehh jenisnya.. ? hurmmmm

secaranya umumnya, ada dua jenis terjemahan iaitu : TERJEMAHAN LISAN dan TERJEMAHAN TULISAN....

Terjemahan Tulisan :


  • ciri-ciri terjemahan tulisan ini dilakukan secara bertulis.
  • penterjemah masih sempat membaiki kesilapan terjemah yang dilakukannya.
  • kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak.
  • penguasaaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif tidak menjadi satu kemestian untuk menjadi penterjemaha yang baik (haaaa , tengok.. sesiapa yang nak jadi penterjemah boleh je, tapi dengan syarat rajin berusaha, rajin bertanya)
Terjemahan Lisan :


  • dilakukan secara lisan 
  • dilakukan secara langsung/cepat/tepat
  • tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujuran yang salah @ mencri padanan yang sesuai.
  • penterjemah jenis ini memerlukan kemampuan berbicara dengan lancar dan fasih dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran.
  • perlu akan berpengetahuan luas
  • mampu mentafsirkan apa yang diujarkan/diperkatakan.
  • perlu menjalani latihan yang panjang dan perlu mencari pengalaman yang berterusan.
  • selain menjadi penterjemaha yang baik, ia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.
  • jenis terjemahan ini dikenali sebagai INTERPRETER.


OKAY APA ITU INTERPRETER , bagi yang tidak mengetahui istilah interpreter ialah  bermaksud satu jenis penterjemahan dimana seseorang penterjemah kaedah tersebut perlu menterjemah secara langsung apa sahaja perkataan yang didengarinya. ia juga dikenali sebagai JURUBAHASA .

haaa dah faham kan semua, inilah sedikit sebanyak mengenai terjemahan. sekurang-kurangnya kamu tahu bila orang tanya pasal terjemahan , tak pun apabila kamu ada terbaca mana-mana pasal ilmupenterjemah ini .... sebagai asasnya . semoga bahgia dunia akhirat kepada pembaca ^^


Monday, 6 June 2016

ADAKAH ANDA SEORANG PENTERJEMAH ???

untuk menjadi seorang penterjemah, anda mestilah mempunyai beberapa kriteria seorang penterjemah !!! persoalannya di sini, adakah anda benar-benar seorang penterjemah ???

kriteria-kriteria penterjemah !


1. mengetahui bahasa sumber: seorang penterjemah mestilah mengetahui bahsa sumber dengan mendalam dan mengetahui selok-belok keganjilan dan keistimewaan bahasa sumber. 

2. mengetahui bahasa sasaran : seorang penterjemah juga mestilah mengetahui nahasa sasaran dengan baik, bukan sekadar bahasa sumber. bahasa sasaran ini adalah bahasa penerima. seorang penterjemah mesti mengetahui bahasa sasaran ini dengan lebih baik daripada bahasa sumber.

3. mengetahui bidang/subjek : selain mengetahui bahasa sumber dan sasaran, seorang penterjemah mestilah mengetahui bidang atau subjek yang diambil. ini kerana untuk menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. ianya sangat penting bagi penterjemah untuk menterjemahkan teks-teks khusus dan sastera.

4. mengetahui teori terjemahan : seorang penterjemah mestilah mengetahui teori terjemahan kerana dalam menterjemahkan sesuatu mempunyai teori dan kaedah ilmiahnya yang tersendiri. kerja-kerja menterjemah ini bukanlah sekadar memindahkan perkataan sahaja, malah ia juga memindahkan idea, maklumat dan gaya menterjemah.

5. mengetahui sasaran pembaca : untuk menterjemah, penterjemah mestilah mengenalpasti terlebih dahulu sasaran pembaca bagi teks yang hendak diterjemahkan. di samping itu, penterjemah mesti menjaga dan menggunakan kelarasan bahasa yang sesuai. sebagai contoh, sekiranya sasarannya adalah kanak-kanak maka penterjemah mestilah menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk kanak-kanak memahaminya.


sudahkah anda mengenalpasti bahawa anda mempunyai kesemua kriteria seorang penterjemah ? sekiranya tiada dalam diri anda, maka janganlah anda menganggap bahawa anda tidak layak untuk menjadi seorang penterjemah. tetapi anda perlulah berusaha sebaiknya untuk menjadi seorang penterjemah !!!


Sunday, 29 May 2016

KAEDAH TERJEMAHAN PART 2

assalamualaikum, bertemu kembali sahabat2 sekalian.. hari tu pernah masukkan 5 kaedah dalam menterjemah teks ni.. sekarang terasa nak sambung balik bakinya 5lagi...

jika dahulu kita pernah sentuh kaedah pinjaman, kaedah peniruan, kaedah pergantian, kaedah tranposisi dan kaedah generalisasi... kalau nak tahu makna kaedah tersebut boleh tengok yang kitorang pernah post dahulu bulan Mei xsilap.. okey sekarang meh tengok sal 5 lagi kaedah...

antara kaedahnya ialah 

1)KAEDAH MODULASI- kaedah ini digunakan apabila penterjemah mendapati teks yang diterjemahan menjadi janggal dalam bahasa sasaran. jadi ia boleh menggunakan kaedah ini dimana ia mengubah keseluruhan ayat atau struktur ayat untuk mendapat kefahaman dalam bahasa sasaran. di mana ia tidak lagi menterjemah satu persatu tetapi menterjemah sebagaimana ia faham akan sesuatu teks tersebut. dan mengunakan istilah lain untuk mengantikannya dalam bahasa sasaran supaya pembaca dapat memahami teks tanpa ada kejanggalan dan sebagainya.

2)KAEDAH PERSAMAAN- kaedah ini digunakan apabila penterjemah tidak dapat mencari atau menjumpai padanan yang betul dalam menterjemah kedalam bahasa sasaran, kemudian ia mencari persamaan yang paling hampir/ lazim bagi menterjemah sesuatu perkataan tersebut. di mana ia berlaku dalam pelbagai tahap penterjemahan.

3)KAEDAH PENYELESAIAN- kaedah ini dilakukan dengan mengantikan sesuatu perkataan berdasarkan penyesuain budaya bahasa sasaran. kaedah ini merupakan satu kaedah yang bebas bagi menterjemah untuk menterjemah teks mereka. seperti sesuatu watak serta plot yang bersesuai atau difahami dalam bahasa sasaran. walaupun begitu, kaedah ini akan membolehkan mesej yang disampaikan dengan baik kedalam bahaasa sasaran. dimana pembaca akan mudah faham dan dapat mengambarkan dengan mudah apa yang cuba diterjemahankan tanpa kekeliruan dan kejanggalan. dimana apabila dibaca tidak terasa buku atau teks ini diterjemah.

4)KAEDAH PENYAMARAN/PADANAN FUNGSI- kaedah ini dilakukan supaya para pembaca mendapat reaksi yang sama apabila membaca teks yang telah diterjemahkan. seperti simpulan bahasa atau peribahasa yang digunakan dalam teks dapat diterjemah dengan makna yang tepat dan difahami dalam bahasa sasaran. sebagaimana kita pernah membaca cerita yang sedih mahupun gembira, kaedah ini digunakan untuk menukarkan teks supaya mempunyai samaan fungsi dalam mengekalkan reaksi yang sama kepada pembaca apabila membaca teks tersebut.

5)KAEDAH PENGEMBANGAN- baiklah ini adalah kaedah yang terakhir, apabila sesuatu teks yang diterjemah terasa akan sukar bagi pembaca untuk mengerti atau memahaminya, maka penterjemah menggunakan kaedah ini dalam mengembangkan atau menghuraikan atau menjelaskan dengan panjang lebar untuk pemahaman kepada pembaca dalam bahasa sasaran. dimana penterjemah memasukkan maklumat yang baru dalam teks yang diterjemahkannya. ada 2 cara itu dengan memasukkan istilah-istilah yang masyhur mahupun satu lagi dengan memasukkan nota kaki di bawah teks tersebut.


okaylah, itulah 5 kaedah lagi. biasanya dalam menterjemahan kita menggunakan kaedah ini tanpa kita sedar atau tidak. dan ia amatlah membantu kepada penterjemahan dalam mengurangkan kejanggalan terjemahan mereka dalam bahasa sasaran. 


jadi, bukan senangkan. tapi apa orang putih duk kata "practice make it perfect".. haaa gitu, mula-mula memanglah kekok , lama-lama in shaa Allah, jika di usahakan boleh lakukan yang terbaik . fighting !

Wednesday, 25 May 2016

TERJEMAHAN TEKS MELAYU - ARAB

Ini adalah teks melayu dari kelas tutorial Ustazah Maheram.

Terjemahkan petikan di bawah ke bahasa Arab.

Bapa bekerja sendiri sebagai tukang gunting. Entah bila dia belajar menjadi tukang gunting, saya pun tidak tahu, dia telah membeli perkakas-perkakas gunting lengkap dengan beg kecilnya sekali dan kain putih, dan telah mulai menggunting rambut budak-budak di kampung.
            Bayarannya tidak mahal. Dua puluh atau tiga puluh sen sahaja satu kepala. Tiap-tiap hujung bulan, bapa akan membawa beg guntingnya lalu berkeliling kampung kami. Dua tiga hari dia akan menghilang dari rumah kerana pelanggan-pelanggannya ramai. Apabila dia pulang, koceknya penuh dengan duit syiling. Ada-ada sahaja yang dibawanya untuk saya pada hari-hari seperti itu - kain empat ela untuk baju kurung saya, atau beg tangan plastik buatan Hong Kong, ataupun skarf.
(Dipetik daripada cerpen "Ke Rumah Cucu" dalam Edisi Pagi, karya A. Samad Ismail)
يعمل أبي كالحلاق . أنا لا أعرف متى درسه أن يكون الحلاق . إشتري الأثاث مقاص كاملا وحقيبة صغيرة وقماش أبيض. يقص أشعار الأطفال في القرية.
أجرته ليس غال. عشرون أو ثلاثون السنت للرأسي.  كل نهاية الشهر سيحمل أب حقيبة مقصة, ثم طوف حول قريتنا. حول يومين أو ثلاثة أيام سيحتفي من البيت لأنه كثير زبائن. إذا رجع, جيبه ملئ بالنقود. يأتي إليي بالهدية كثيرة في اليومين مثل قماش 3 مترا,لباجو كوروغ أو حقيبة بلسنكية اليد مصنوع من هونغ كونغ أو حجاب.

Sunday, 22 May 2016

PERIBAHASA ARAB


(لَطَّخّ اسمَ (فلان
 ارتكب ذلك الشَّاب الطَّائش عملا منكرا لطَّخَ به اسم أسرته الكريمة-

(لسان من رطب ويد من خشب (لين القول شديد الفعل
.لا يخدعَنَّكّ حديثه فهو لسان من رطب ويد من خشب-

(اللتيا والتي : ( الداهية الكبيرة والصغيرة
. نجح عبد العزيز في امثحان بعد اللتيا والتي-

(لبست أذني على (كذا
. لبست أذني على نصائحه التي  لا خير من ورائها -

لا ينضج كراعا 
! كيف تطلب المساعدة من رجل لا ينضج كراعا؟-

TERJEMAHAN

Menconteng arang di muka
- pemuda yang tersasar itu melakukan perbuatan mungkar yang menconteng arang di muka keluarganya yang mulia.

Lembut gigi dari lidah/talam dua muka ( kata-kata lembut perbuatan kasar)
- Jangan kamu diperdayakan oleh ceritanya kerana dia lembut gigi dari lidah. 

Datang dan datang (Musibah yang datang bertimpa-timpa) : musibah besar dan kecil
- Abdul Aziz berjaya dalam peperiksaan selepas pelbagai musibah datang bertimpa-timpa.

Masuk telinga kanan keluar telinga kiri
- Aku mendengar nasihatnya yang tiada kebaikan dari pandangannya masuk telinga kanan keluar telinga kiri .

Papa Kedana
-  Bagaimana ingin meminta tolong daripada lelaki yang papa kedana?!

Saturday, 21 May 2016

كيف تكون طالبا ناجحا؟؟

                                                                 
كيف تكون طالبا ناجحا
تنظيم ساعات النوم
.يجب أن يحافظ الطالب غلى ساعات محددة للنوم والاستيقاظ، وأن يبتعد عن السهر والتأخر في وقت النوم-

تحضير الدروس جيدا
 إن تحضير المواد الدراسية بشكل جيد يساهم في نجاح الطالب .ا- 

الحرص على مراجعة الدروس
 هي حرسة واهتمامه على مراجعة دروسه بشكل مستمر ، وتخصيصه وقتا لها-

المحافظة على طرح الأسئلة
. الطالب الناجح هو الذي يحافظ على طرح الاسئلة حول الأشياء التي لم يفهمها في المادة الدراسية-

Mengurus waktu tidur 
- Pelajar harus menjaga waktu-waktu tertentu untuk tidur dan bangun, dan untuk mengelak daripada berjaga malam dan tidur lambat.

Membuat persediaan pelajaran dengan baik.
- Membuat persediaan pelajaran dengan cara yang baik menyumbang kepada kejayaan pelajar.

Perihatin dalam mengulangkaji pelajaran.
- Perihatin dan mengambil berat untuk mengulangkaji pelajaran dengan cara berterusan, dan menetapkan waktu untuk mengulangkaji pelajaran.

sentiasa mengajukan soalan-soalan
- pelajar yang berjaya, mereka yang sentiasa berjaga-jaga untuk mengajukan soalan-soalan tentang sesuatu yang mereka tidak faham dalam pelajaran.

Tuesday, 17 May 2016

PERIBAHASA

PERIBAHASA !!?
apa itu peribahasa ??? peribahasa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik atau tersirat. peribahasa ini bukan hanya boleh dipelajari dengan bahasa melayu sahaja, malahan juga boleh dipelajari dalam bahasa Arab. mari sama-sama kita pelajari dan memahaminya.



ini adalah salah satu peribahasa dalam bahasa Arab. tahu ke apa maksud perkataan tersebut !?? okeyy, sekiranya kita menterjemahkan perkataannya itu satu persatu maksudnya " dari benih menjadi pokok". haaa ...faham tak maksud yang tersirat disebalik ayat itu. ?? peribahasa di atas mempunyai maksud yang sama dengan salah satu peribahasa melayu. ermm ..agak-agaknya apa ea peribahasa melayu yang sama dengan peribahasa di atas ***

okeyy lah ...peribahasa yang dimaksudkan itu adalah "sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit". orang kata sesuatu yang besar itu sentiasa akan bermula dari sesuatu yang kecil. apabila kita belajar dari sedikit dan sedikit, akhirnya nanti kita akan pandai juga. 

apa ea contoh perbuatan yang boleh kita kaitkan dengan peribahasa ini ..??? hurmmm ... haaaa ...menabung .!!! bila kita menabung sehari 20sen dan berterusan maka nanti ianya akan jadi banyak dan kita boleh menggunakan duit tabungan tersebut bila kita dalam kecemasan. 

sekian saja coretan dan perkongsian ilmu untuk kali ini. terima kasih (^_^)

Monday, 9 May 2016

IKLAN GEL RAMBUT

assalamualaikum (^_^)
kisah kali nie tentang iklan ...
dua minggu lepas, masuk kelas tutorial kami berbincang dan menterjemahkan satu iklan bersama ustazah Suhaila. 
iklan nie merupakan satu lagi tugasan bagi kami semua. 
ustazah kata kita nie kalau nak belajar sesuatu mestilah pandai mencari alternatif lain selain belajar dalam kuliah...
kalau kita nak menguasai dan memantapkan lagi penguasaan berbahasa Arab, kita kena rajin untuk menterjemahkan sesuatu teks. tak kiralah teks tue pendek ke panjang ke, asalkan kita buat!!!
sebab tue ustazah minta kita sama-sama menterjemahkan iklan yang berbahasa Arab.
contoh iklan yang telah dibincangkan ialah iklan gel rambut.





gel rambut.
(bebas daripada alkohol dan tidak meninggalkan kelumumur selepas penggunaan)

untuk rambut yang sihat dan berkilat, cepat dan mudah digayakan, tidak berminyak dan sesuai digunakan berkali-kali kerana selamat untuk rambut dan kulit bebas dari alkohol dan tidak meninggalkan kelemumur selepas penggunaan.


kita nampak aja perkataannya macam susah aja kan nak menterjemah, tapi bila kita dah berusaha dan berbincang dengan ustzah, semuanya menjadi senang dan kita pun dapat belajar sesuatu walaupun sikit.

#semoga bermanfaat dan berseronoklah belajar bahasa Arab :)

Sunday, 8 May 2016

RESEPI MASAKAN *

assalamualaikum semua (^_^)
hai !!! hari nie kami nak berkongsi satu resepi masakan tapi ia nya dalam bahasa Arab tau ....
sebelum nie ,,, ustazah kami ada bagi satu tugasan menterjemah satu resepi ...
sekarang nie kami pula yang memberikan resepi masakan lain dalam bahasa Arab ...
jom kita lihat resepinya ...


دجاج مشوي بالفرن



المقادير
دجاجة
1 ملعقة الكاري
1 ملعقة ملح
1 ملعقة بهار
1 ملعقة كركم
1 ملعقة فلفل اسود
1/4 كوب زيت زيتون
1/4 كوب خل التفاح

طريقة التحضير
1. تتبيلة دجاجة
توضع الدجاجة في وعاء ويضاف لها خل وزيت زيتون وملح وبهار والكاري وفلفل اسود وتنقع لمدة 5 ساعات

2. بعد 5 ساعات نهجز الصوص بنفس التوابل والمقادير ونضف 3 كوب الماء ويضع بالفرن بدرجة حرارة 180 لمدة 2 ساعة كل ربع ساعة يفتح الفرن ويسكب على دجاجة 
من الصوص

sekarang, mari kita terjemahkannya.
Ayam panggang dalam ketuhar

bahan-bahan:
ayam
1 sudu serbuk kari
1 sudu garam
1 sudu rempah ratus
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu lada hitam
1/4 cawan minyak zaitun
1/4 cawan cuka epal

cara penyediaan:
1. perapkan ayam
letakkan ayam dalam bekas dan tambahkan cuka, minyak zaitun, garam, rempah ratus, serbuk kari dan lada hitam dan perapkan ayam dalam tempoh 5 jam.

2. sediakan soso dalam rempah yang sama dan bahan tadi dan kita tambahkan 3 cawan air dan letakkan ayam di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah selama 2 jam 15 minit, buka ketuhar dan tuangkan sos di atas ayam tersebut.

selamat mencuba(^_^)

#maaf di atas salah silap dalam menterjemahkan resepi di atas.
























DIALOG DARI KOMIK

assalamualaikum semua !!! 
Bermula sudah kelas tutorial setelah seminggu bercuti di rumah. Sebelum cuti lagi ustazah kitaorang memberikan satu tugasan kepada kami untuk mencari satu dialog berbahasa arab dan melayu. 
So, kami pun menjalankan amanah yang diberikan kepada kami. Untuk dialog arab, paling susah untuk kami cari kat internet dan sebagainya. Alhamdulillah , di atas bantuan kawan yang baik sudi membantu, akhirnya dapat jugak kami satu dialog arab. Memang agak susah lah nak fahamkan dialognya. So, kami pun berusaha untuk menterjemahkan dialog tersebut.




satu lagi dialog tidak juga kami lupakan iaitu dialog melayu untuk diterjemahkan dalam bahasa arab. bab-bab menterjemah ni lah yang paling kitaorang lemah. tak apa !!! ada usaha ada lah hasilnya. 
Antara dialog komik yang kitaorang dapat ialah dari komik lawak kampus. permulaan nya kami ambil dialog yang senang untuk diterjemahkan ke bahasa Arab. ada yang ambil mencari dialog tersebut di dalam internet seperti Muslim Show. belajar menterjemah nie sebenarnya sangat seronok sekiranya kita rasa ianya satu aktiviti mencari duit!!! hihihi:) hati sangat gembira bila kita dapat hasil yang baik dalam satu perkara yang lemah bagi kita. 
so, jangan buangkan masa anda dengan menlakukan perkara-perkara yang tak berfaedah!!! gunakanlah masa yang ada melatih diri menterjemahkan teks ke dalam bahasa Arab sekiranya ingin memajukan diri dalam menguasai bahasa Arab.
sekian terima kasih(^_^)

Kaedah-kaedah Terjemahan part 1

Assalamualaikum, bertemu kembali .. berhabuk.. lama tak membukannya. hari ini 8 mei 2016 tetiba rasa nak menaip 

okeylah , hari ini kita akan belajar tentang beberapa kaedah yang digunakkan dalam menterjemah. Antara keadah berikut adalah :

  1. KAEDAH PINJAMAN- Kaedah ini kita akan gunakan apabila tidak ada / tidak wujud kata padanan yang sesuai. maksudnya apabila kita nak terjemah tak ada yang sepadan.. jadi di sini kita akan meminjam dari teks asal secara terus. #ingat haruslah ditulis secara miring (italic). Ia merupakan satu kaedah yang paling mudah dan selamat dalam menterjemah sesuatu teks
  2. KAEDAH PENIRUAN- Ia termasuk dalam istilah pinjaman tetapi kaedah ini digunakan ke atas istilah sahaja. Dan ia meniru struktur ayat teks asal atau menterbalikkannya teks asal, seperti contoh :  prime minister = perdana menteri @ electric current = Arus elektrik 
  3. KAEDAH PERGANTIAN- Ia tidak ada pembaharuan yang besar dalam bahasa sasaran. Tidak ada perubahan sangat. Mengantikan makna perkataan satu satu dalam bahasa sasaran. Kaedah ini mungkin agak bahaya bagi penterjemah kerana ia akan menimbulkan kejanggalan dalam ayat yang telah diterjemah.
  4. KAEDAH TRANPOSISI- Iaitu satu kaedah yang mengubah kedudukan frasa ayat/klausa perkataan/golongan tanpa mengubah maksud sesuatu maklumat tersebut. Kaedah ini digunakkan untuk menjelaskan maklumat dengan mudah difahami. Dimana ia mengubah tempat/kedudukan perkataan dalam sesuatu ayat agar lebih jelas. Dan akan mengurangkan kekeliruan pembaca. 
  5. KAEDAH GENERALISASI- Ia merupakan satu kaedah yang lebih umum , tidak khusus dalam menterjemahan sesuatu ayat tersebut . Contohnya: buah durian, buah rambutan dan buah langsat = buah-buahan tempatan . Disini kita jelas ia menterjemah secara generalisasikan ayat dalam teks asal tanpa mengubah makna.
okaylah untuk hari ini kita bagi 5 dulu kaedahnya nnti akan disambung kembali, Letih pulak nak taip .. hahahha . Takpe, hadam dulu 5 kaedah ini awak-awak semua . bye bye.. jumpa lagi . 

Sunday, 6 March 2016

ASAS TERJEMAHAN

ASSalamualaikum semua ,
minggu lepas masuk kelas tutorial kursus Terjemahan arab- melayu , melayu-arab yang pertama .. yeahh !!!! okey di antara apa yang kami dapati semasa kelas tersebut ialah prosedur dalam terjemahan sesuatu bahasa. Terdapat pelbagai kaedah, cara dan sebagainya. Antara keperluaan seseorang nak terjemah sesuatu bahasa itu ia perlulah ada :

1- KAMUS. Bukan sekadar kamus dwi bahasa sahaja, ia tidak mencukupi untuk menterjemah sesuatu teks. Tapi apa yang pensyarah kami beritahu mengenai Kamus Ekabahasa. haaa apa tu ? okey meh nak terang sikit. Kamus Ekabahasa ini ialah kamus tentang kebudayaan ... ehh tak faham ehh . okey cmnih.. kamus ini ia menerangkan satu ungkapan sesuatu bahasa dengan makna yang sinonim atau selalu digunapakai makna tersebut. haa boleh laa faham kan sikit2.. lau nak faham lagi lanjut bole je google taip kamus ekabahasa

2.BUKU ISTILAH (TERMONOLOGI) . Maksud kat sini ialah satu buku istilah dalam sesuatu bidang. Contohnya istilah dalam bidang fiqh , bidang sejarah , sains kedoktoran , falsafah dan juga sastera. Haa , sesuatu bidang tu akan ada istilah-istilah mereka yang tersendiri tau. Tidak boleh main terjemah je ikut sedap kita, kena tahu nak terjemah susuatu teks tu dalam bidang apa. Biasanya orang-orang yang telah menterjemah teks itu mengikut kepakarannya dalam bidang masing-masing.

3. PENGETAHUAN ASAS. Haa yang ini lah . Bila kita nak terjemah sesuatu perkara, sekurang-kurangnya kita ada pengetahuan asas mengenai sesuatu teks yang kita nak terjemahkan itu. Agar terjemahan kita lebih baik dan tersusun je bila orang lain baca. Tak pening-pening atau keliru dengan terjemahan kita. Contohnya bile kite nak terjemahkan cerita pasal bawang merah bawang putih ke dalam bahasa arab. Sekurang-kurangnya kita sudah tahu mengenai jalan ceritanya dan akan mengurangkan risiko tersalah jalan cerita atau terbelit-belit dalam menterjemahan teks tersebut.

Jadi inilah antara manual-manual nya nak terjemah sesuatu teks. haa bila rase dah ada semua nie barulah boleh nak google translate.. tapi sangat-sangat tidak disarankan, sebab apa , kemungkinan nak tersalah tafsir tu banyak. Kalau dah tahu yang asas nie boleh laa nak cuba-cuba tengok google translate...

OKEY SEMUA, BYE-BYE ..jumpa lagi next time.. lau ada pape persoalan sal terjemahan ke tak faham apa-apa ke jangan lupa komen ye ...